Wednesday, 18 December 2013

C I N T A

ada apa dengan cinta??
lagi-lagi cinta yang tidak terbalas...

biarkan cinta itu pergi meninggalkan kita..
asalkan cinta kita dengan pencipta masih berbalas..



ingatlah..

JODOH ITU MISTERI
tapi
JODOH ITU PASTI

~~SEMOGA BERMANFAAT~~

Wednesday, 11 December 2013

Morphology of Chronic Pyelonephritis

Chronic Pyelonephritis


The characteristic changes of chronic pyelonephritis are seen on gross examination.




The kidneys usually are irregularly scarred; if bilateral, the involvement is asymmetric. This contrasts with chronic glumerulonephritis, in which both kidneys are diffusely and symmetrically scarred. the hallmarks of chronic pyelonephritis are COARSE, DISCRETE, CORTICOMEDULLARY SCARS OVERLYING DILATED, BLUNTED, OR DEFORMED CALYCES, and FLATTENING OF THE PAPILLAE. The scars can vary from one to several in number and may affect one or both kidneys. Most are in the upper and lower poles, consistent with the frequency of reflux in these sites.

The microscopic changes involve predominantly tubules and interstitium. The tubules show atrophy in some areas and hypertrophy or dilation in others. Dilated tubules with flattened epithelium may be filled with colloid casts ( thyroidization ). There are varying degrees of chronic interstitial inflammation and fibrosis in the cortex and medulla. In the presence of active infection there may be neutrophils in the interstitium and pus casts in the tubules. Arcuate and interlobular vessels demonstrate odliterative intimal sclerosis in the scarred areas; and in the presence of hypertension. hyaline arteriosclerosis is seen in the entire kidney. There is often fibrosis around the calyceal epithelium as well as a marked chronic inflammatory infiltrate. Glomeruli may appear normal expect for periglomerular fibrosis, or exhibit a variety if changes, including ischemic fibrous obliteration and secondary changes related to hypertension. Individuals with chronic pyelonephritis and reflux nephropathy who develop proteinuria in adviced stages show secondary focal segmental glumerulosclerosis.

Hakikat Perjalanan Haid dan Senggugut

Kisah pesakit terkeliru
Dunia hari ini menyaksikan bagaimana perkembangan teknologi maklumat begitu pantas tersebar ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Oleh itu masyarakat  dewasa ini kebanyakannya mengakses maklumat dengan menggunakan internet. Namun, dalam timbunan teknologi maklumat ini, masih ada segelintir masyarakat yang terkeliru.
Seorang pesakit pernah hadir berjumpa dengan seorang doktor pakar sakit puan lalu menceritakan masalahnya, “Doktor, saya ini sudah berbulan-bulan tidak datang darah kotor lalu menyebabkan saya sakit kepala kerana darah kotor ini mengalir di dalam badan saya. “ Doktor itu tersenyum lalu menerangkan kepada pesakit itu bahawa punca sakit kepalanya tiada kaitan sama sekali dengan darah kotor yang dialaminya sejak berbulan-bulan, kerana sistem peredaran darah di dalam badan kita dan juga menstruasi/haid  yang berlaku pada setiap wanita adalah perkara yang berbeza.
Peredaran darah manusia dan menstruasi
Sistem peredaran darah di dalam badan manusia terdiri daripada organ seperti jantung, salur darah (arteri, vena dan kapilari) dan juga darah (plasma, sel darah merah, sel darah putih dan platelet) itu sendiri yang bertanggungjawab terhadap proses pengangkutan dan peredaran zat-zat (oksigen, karbon dioksida, sari makanan dan zat sisa metabolisme) dalam tubuh badan kita. Sistem ini akan mengedarkan darah  bermula dari jantung dan ke seluruh badan kemudian akan berpatah balik ke jantung semula.
Manakala menstruasi/haid pula ialah darah yang dirembeskan oleh dinding  rahim wanita yang tidak mengandung dan keluar melalui faraj wanita. Kita sering memanggil haid itu sebagai darah kotor. Namun, darah haid ini sebenarnya tidaklah kotor kerana ia hanya terdiri daripada darah dari lapisan luar rahim kita sendiri, sel-sel tisu yang telah mati dan telur yang telah mati kerana tidak berlaku persenyawaan dengan sperma.
Benarkah haid itu darah kotor
Pengertian darah kotor ini sebenarnya dikaitkan dengan permasalahan ibadat ketika dalam keadaan haid, seorang wanita itu terikat kepada batasan-batasan tertentu seperti tidak dapat menunaikan solat, berpuasa, bersetubuh dan lain-lain. Ini jelas di dalam surah Al-Baqarah ayat 222, Allah telah berfirman, “ Dan mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang haid. Katakanlah, “ Itu adalah sesuatu yang kotor .” Karena itu jauhilah isteri pada waktu haid; dan jangan kamu dekati mereka sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suc , campurilah mereka dengan (ketentuan) yang diperintahkan Allah kepadamu. Sungguh Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang menyucikan diri.”
Tempoh menstruasi dan menopaus
Tempoh menstruasi/haid adalah berlainan bagi setiap wanita. Kebiasaannya tempoh menstruasi/ haid ini adalah selama 3-5 hari. Namun begitu, ada juga wanita yang mengalami haid selama 7 hari atau 8 hari. Proses ini berlaku dalam tempoh agak tetap sejak daripada kita akil baligh sehinggalah menopaus (putus haid) kecuali semasa mengandung dan penyusuan.
Seorang pesakit wanita memberitahu sorang doktor bahawa dahulu dia mempunyai tempoh haid yang tetap iaitu selama lapan hari. Namun sejak dia berusia  40 tahun, haidnya datang selama 5 hari dan pada hari keenam dan ketujuh haid tersebut berhenti kemudian pada hari kelapan, haid itu datang semula.
Dari sudut perubatan, wanita itu mungkin tidak mengalami sebarang masalah apa-apa kerana sebelum ini kitaran haidnya adalah normal. Cuma semenjak berusia 40 tahun tempoh haidnya tidak menentu, hal ini kerana itu merupakan salah satu tanda – tanda awal menopaus. Tempoh usia seseorang  mengalami menopaus juga berbeza pada setiap wanita, kebiasaannya berlaku ketika berusia 40 tahun ke atas. Namun wanita itu juga berkemungkinan mengalami pendarahan pada pangkal rahimnya kerana berlaku pendarahan haid semula setelah haid berhenti. Seelok-eloknya pesakit wanita itu pergi ke hospital untuk mendapatkan ujian pemeriksaan  kesihatan selanjutnya untuk memastikan keadaaan itu adakah normal atau tidak baginya.  Dari sudut fiqh pula, wanita tadi tidak perlu menunaikan solat sewaktu haidnya terputus, kerana dia masih berada dalam tempoh haidnya.
Kitaran haid perlu dihitung
Terkadang apabila para pesakit mengalami masalah pada kitaran haid, mereka akan datang berjumpa dengan para doktor dan soalan yang akan diajukan kepada para pesakit ialah, “Bilakah last period adik/ cik / puan?” Kebanyakan para pesakit akan menjawab, “Period saya kering pada….” atau “Saya mandi wajib pada….” Sebenarnya bukan itu jawapan yang dimahukan oleh doktor. Maksud soalan para doktor tadi ialah“ Bilakah tarikh last period adik/ cik/ puan bermula?” Rata-rata di antara mereka tidak ingat bilakah tarikh terakhir haid mereka bermula.
Oleh yang demikian, tabiat mencatit bilakah haid bermula dan berakhir ini  perlulah diamalkan oleh setiap wanita yang masih mengalami haid. Tidak kisahlah jika hendak catit di dalam kalendar, diari mahupun telefon bimbit kerana tempoh kitaran haid kita sangatlah penting. Jika berlaku kitaran haid yang tidak stabil, lalu kita berjumpa dengan doktor. Kebiasaannya doktor ingin mengetahui kitaran haid kita dua atau tiga bulan sebelum ini.
Secara kebiasaannya kitaran haid kita ialah selama 28±5 hari. Kitaran haid terpendek boleh berlaku selama  21 hari dan kitaran haid terpanjang boleh berlaku selama 35 hari. Kitaran haid ini bermaksud hari pertama berlaku menstruasi/ haid  sehinggalah berlaku semula menstruasi/haid yang seterusnya. Misalnya seorang gadis datang haid pada 1 Januari dan kemudian dia datang semula haid pada 22 Januari. Ini bermaksud gadis itu normal bukanlah seperti yang biasa kita dengar haidnya tidak normal kerana dia datang 2 kali sebulan.
Mengetahui tempoh kesuburan
Selain itu, kitaran haid juga penting untuk mengetahui tempoh kesuburan seseorang wanita. Jika kitaran haid wanita itu normal, mudah sekali untuk mengetahui tempoh kesuburan seseorang wanita tersebut iaitu kebiasaannya  pada 12 -14 hari sebelum haid datang semula. Itu adalah waktu yang sesuai bagi pasangan yang sudah berkahwin ingin memperoleh zuriat. Ketika itu, telur(ovum) masuk ke dalam rahim. Tempoh hidup telur lebih singkat berbanding sperma iaitu 24-26jam manakala tempoh hidup sperma adalah selama 4-5hari.
Selain itu, para wanita juga boleh mengetahui tempoh kesuburan mereka dengan mengesan cecair keputihan pada diri mereka. Kebiasaannya sewaktu subur, cecair keputihan itu akan lebih likat seperti telur putih yang belum dimasak dan apabila ditarik sukar untuk putus seperti spring. Di dalam dunia teknologi sekarang, kita sudah mempunyai alat untuk mengesan tempoh kesuburan kita iaitu dengan menggunakan ovulation predictor kits (OPKs)
Period pain/ Senggugut
Seorang ibu yang mempunyai dua orang anak perempuan berasa risau apabila melihat dua orang perempuannya mengalami masalah senggugut sedangkan dia tidak mengalaminya. Adakah senggugut ini berbahaya?
Senggugut ini ialah sakit di bahagian bawah perut, sakit perut yang tajam atau sakit yang akan datang dan pergi. Senggugut ini juga berkemungkinan untuk sakit di bahagian belakang. Mungkin ada sebahagian daripada kita tertanya-tanya mengapakah berlakunya senggugut ini. Ketika menstruasi/ haid. senggugut ini terjadi kerana berlaku pengecutan yang kuat di dalam rahim untuk meruntuhkan saluran darah di luar dinding rahim. Saluran  darah di dalam dinding rahim akan  dimampatkan oleh pengecutan tadi seterusnya akan memutuskan bekalan darah ke rahim. Ini akan membuatkan bekalan oksigen ke rahim terputus dan menambahkan ketidakselesaan pada rahim kita.
Sebenarnya senggugut atau istilah perubatannya ialah dysmenorrhoea ini terdapat dua jenis:
Primary dysmenorrhea : Senggugut yang menjadi kebiasaannya kaum hawa dalam kalangan remaja sehingga 25tahun. Senggugut ini tidak berbahaya. Jadi ibu di atas tidak perlu risau kerana senggugut ini adalah senggugut yang sihat. Selalunya terjadi 24jam sebelum haid dan berakhir dalam sehari selepas period.
Secondary dysmenorrhea: Senggugut ini berlaku jika terdapat permasalahan di dalam rahim itu sendiri seperti endometriosis, cyst, tumor dan banyak lagi. Kebiasaannya berlaku pada kaum hawa yang berusia 30an dan 40an.
Langkah-langkah mengurangkan senggugut
  • Tuam menggunakan air panas merupakan cara yang sangat efektif.
  • Ambil posisi menonggeng sehingga rahim akan tergantung akan membuatkan kita lebih rehat.
  • Amalkan pemakanan yang seimbang. Elakkan daripada minum kopi, makan aiskrim dan coklat supaya senggugut tidak bertambah sakit.
  • Minum jus dan supplement yang mempunyai kandungan Vitamin E, Vitamin B6 atau Omega-3 ataupun minum minuman panas yang mengandungi kalsium tinggi.
  • Jika tidak mampu bertahan lagi, maka boleh mengambil pil Panadol  berwarna pink. Jika mampu bertahan, tidak perlu mengambil ubat. Tidak boleh mengambil ubat lebih daripada 3 kali.

Kesimpulan
Semoga semua kaum hawa mengambil berat akan perihal kesihatan diri masing-masing. Marilah sama-sama kita mengamalkan gaya hidup sihat. Jika terdapat sebarang masalah, segeralah berjumpa dengan doktor.
Oleh: Dr Norashikin Abdullah
 moga bermanfaat untuk kaum hawa.. insyaALLAH

Monday, 9 December 2013

ETIKA DIET RASULULLAH SAW

Dalam Islam, ALLAH telah memilih Rasulullah SAW untuk menjadi model kepada seluruh alam sejagat. Baginda juga turut membawa perkara yang boleh disifatkan sebagai penyempurna akhlak yang boleh disifatkan sebagai penyempurna akhlak manusia. Di antara perbuatan Rasulullah yang perlu diikuti dan dihayati bersama adalah dari aspek etika diet Rasulullah.

Antara tatacara pemakanan Rasulullah SAW adalah :~~

  1. Mulakan dengan Bismillah
  2. Gunakan tangan kanan
  3. Makan yang berhampiran
  4. Galakan guna 3 jari
  5. Larangan mencela makanan
  6. Tidak bersandar ketika makan
  7. Kutip makanan yang jatuh
  8. Mula makan dari tepi
  9. Jilat jari setelah selesai
  10. Doa setelah selesai makan
  11. Galakan bercakap ketika makan
untuk dapatkan lebih info, boleh klik..

شكرا لقراءة هذا المنصب
بارك الله عليك وعليكم



Sunday, 8 December 2013

How Sleeping Affects Weight Loss and Gain

Assalamualaikum, allllzzz..
i'm so tired today because of KARNIVAL JOM JADI USAHAWAN (2J1U) UNIKL MESTECH 2013 that held for 2 days.. and of course i have no enough time to rest and sleep due to this event..
talking about sleep, there is an article that i would like to share..
__________________________________________________

Long-sleepers rejoice; it is scientifically proven that sleeping more can help you stay slim, healthy and maintain a good eating habit!

"If you are sleep-deprived, meaning that you are not getting enough minutes of sleep or good quality sleep, your metabolism will not function properly," shares Doctor Michael Breus, the clinical director of the specialised sleep division for Arrowhead Health Center in Arizona.

That just proves that the recommended 7 hours of sleep is not simply about relaxation. As we sleep, the maintenance of a variety of neurochemical and hormonological processes take place in our body. It is noted that the lack of sleep can affect and disturb those hormonal and chemical balances. More specifically, it may reduce the levels of your Leptin (a master hormone that controls hunger and appetite), which subsequently results in you having more hunger pangs.

To exemplify, let's take a look in a study by a Columbia University in 2011. The research was aimed to test whether there is a correlation between sleep and eating habits.

A group of 13 men and 13 women were required to stay in a controlled environment for six days on two different situations – the first situation being that they were requested to sleep for nine hours, while the second situation was that they can only have four hours of bedtime. On both situations, the group would all be on the same diet for the first four days, but can eat anything they wanted on the fifth day.

Upon observation and analysis, it was found that those who were sleep-deprived gobbled down about 300 calories more than when they are well rested. Most of those extra calories came from food that contain fat, especially saturated fat. The research results therefore demonstrate a clear link between sleep and human food consumption.

Here's another way to view the matter – when you're feeling sleepy while doing work, aren't you tempted to reach for a cup of coffee or some munchies to help keep you up? In addition to that, it is also logical that the less we sleep, the more energy is needed for the body to function and perform tasks. Makes sense, right?

So ladies, don't feel too bad if you're one of those who need long hours of proper sleep. And to those who wish to pull an all-nighter, perhaps a second thought should come to mind.

____________________________________________________
I sincerely hope that this article will be a useful guide for you..

ASSALAMUALAIKUM and GOOD NIGHT



:) :) :) :) :) :) :) :) :) :)

Zzzzzzzzz Zzzzzzzz Zzzzzzzzz Zzzzzzzz Zzzzzzzzz Zzzzzzzz



Friday, 6 December 2013

TERCIPTANYA AKU DARI TULANG RUSUKMU, ADAM...


Seorang bijak berkata…
Wanita selalu akan mengembalikan yang lebih
untuk lelaki
Jika kamu memberinya rumah, maka ia akan
memberimu kehangatan dalam rumahmu.

Jika kamu memberinya beras, ia akan menanak nasi untukmu.

Jika kamu memberinya cinta, ia akan memberimu pengabdian seumur hidupnya.

Tapi jika kau memberinya hinaan, ia akan
memberimu do'a dalam airmata kepedihannya dan itu bererti persiapkan dirimu untuk berjuta kemalangan!

Jika kelmarin kamu berdo'a dan yakin bahawa
dialah wanita yg sudah terpilih untukmu, maka
terimalah dia bukan hanya sebagai wanita yang sempurna tetapi terimalah dia dengan cara yang sempurna, melainkan sebagai wanita yang terbaik.

Bukanlah dia yang tidak pernah berbuat salah, tapi dia yang selalu berkata ma'af untuk setiap kesalahannya dan ia yang punya sejuta ma'af untuk kesalahanmu.

Ia yang mau menerima masa lalu mu dan siap
merancangkan masa depannya bersamamu serta menyerahkan kehidupannya padamu.

Ia yang selalu cemas dan hilang 'akal ketika kamu tak memberinya khabar.

Jika dulu sifat manjanya membuatmu tertawa
lucu, cemburunya bererti dia sayang padamu,
airmatanya boleh menyayat hatimu, tapi sekarang semuanya itu jadi alasan kamu melepaskannya, maka merenunglah sejenak!

Mengapa dalam berbagai legenda bahawa wanita itu tercipta dari tulang rusuk lelaki, bukan dari tulang kepala kerana wanita bukan untuk memimpin lelaki, bukan dari tulang kaki kerana wanita juga bukan alas kaki lelaki. Wanita tercipta dari tulang rusuk lelaki kerana dekat dengan hati, agar wanita menjadi pendamping, penjaga hati.

Dekat dengan hati kerana untuk disayangi. Wanita akan terlelap dalam dekapan lelaki. Kerana wanita tahu dari sana dia berasal.

Maka dari itu kenali dan sayangi “Tulang Rusukmu”..

Thursday, 5 December 2013

Kisah Iblis Dipaksa Menemui Rasulullah

Dari Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas:

Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:

"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan membutuhkanku. "

Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"

Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."

Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."

Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"


Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..

Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad.... Salam untukmu para hadirin..."

Rasulullah SAW lalu menjawab : "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu? "

Iblis menjawab : "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemauanku, namun kerana terpaksa."

"Siapa yang memaksamu? "

"Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata:

"Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin."

"Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh."

Orang Yang Dibenci Iblis

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"

Iblis segera menjawab: " Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."

"Siapa selanjutnya? "

"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT."

"Lalu siapa lagi?"

"Orang Alim dan wara' (Loyal)"

" Lalu siapa lagi?"

"Orang yang selalu bersuci."

"Siapa lagi?"

"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain."

"Apa tanda kesabarannya? "

" Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang - orang yang sabar."

"Selanjutnya apa?"

"Orang kaya yang bersyukur."

"Apa tanda kesyukurannya ?"

"Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya ."

"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"

"Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam."

"Umar bin Khattab?"

"Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur. "

"Usman bin Affan?"

"Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya ."

"Ali bin Abi Thalib?"

" Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mahu melakukan itu." (Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Allah SWT)

Amalan Yang Dapat Menyakiti Iblis

"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"

"Aku merasa panas dingin dan gementar. "

"Kenapa?"

"Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat."

"Jika seorang umatku berpuasa?"

"Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka ."

"Jika ia berhaji?"

"Aku seperti orang gila. "

"Jika ia membaca al-Quran?"

"Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."

"Jika ia bersedekah?"

"Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."

"Mengapa jadi begitu? "

"Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya... Iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."

"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"

"Suara kuda perang di jalan Allah."

"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"

"Taubat orang yang bertaubat."

"Apa yang dapat membakar hatimu?"

"Istighfar di waktu siang dan malam."

"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"

"Sedekah yang diam - diam. "

"Apa yang dapat menusuk matamu?"

"Solat fajar."

"Apa yang dapat memukul kepalamu? "

"Solat berjamaah."

"Apa yang paling mengganggumu? "

"Majlis para ulama."

"Bagaimana cara makanmu?"

"Dengan tangan kiri dan jariku."

"Dimanakah kau menaungi anak - anakmu di musim panas?"

"Di bawah kuku manusia."

Manusia Yang Menjadi Teman Iblis

Nabi lalu bertanya : "Siapa temanmu wahai Iblis?"

"Pemakan riba."

"Siapa sahabatmu?"

"Penzina."

"Siapa teman tidurmu?"

"Pemabuk.."

"Siapa tamumu? "

"Pencuri."



"Siapa utusanmu?"
"Tukang sihir."

"Apa yang membuatmu gembira?"

"Bersumpah dengan cerai."

"Siapa kekasihmu? "

"Orang yang meninggalkan solat jumaat"

"Siapa manusia yang paling membahagiakanmu? "

"Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."

Iblis Tidak Berdaya Di hadapan Orang Yang Ikhlas

Rasulullah SAW lalu bersabda : "Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu. "

Iblis segera menimpali :" Tidak , tidak.. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak boleh melihatku.

Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas."

"Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?"

"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."

Iblis Dibantu oleh 70000 anak - anaknya

Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70000 anak.. Dan setiap anak memiliki 70000 syaitan.

Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk menggangu anak - anak muda, sebahagian untuk menganggu orang - orang tua, sebahagian untuk menggangu wanita - wanita tua, sebahagian anak -anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.

Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjamaah.

Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.

Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia khabarkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.

Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.

Syaitan juga berkata, "Keluarkan tanganmu", lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.

Mereka, anak - anakku selalu meyusup dan berubah dari satu tempat ke tempat lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.

Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.

Tahukah kamu, Muhammad? Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.

Cara Iblis Menggoda

Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?

Akulah makhluk pertama yang berdusta.

Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.

Tahukah kau Muhammad?

Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya.

Sumpah dusta adalah kegemaranku.

Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku.

Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata - kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak - anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, CERAI.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka lalai semasa solat. Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia manundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya kemukanya.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya 'lihat kiri dan kananmu',

Dia pun menoleh. Pada masa itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan 'solatmu tidak sah'.

Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.

Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Dia pun solat seperti ayam yang mematuk beras.

Jika dia berhasil mengalahkanku dan dia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam.

Kamu tahu bahawa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keldai.

Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia.

Dan diapun semakin taat padaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, 'kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.'

Dia pun mati dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.

Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.

Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?

10 Permintaan Iblis kepada Allah SWT

"Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?"

"10 macam"

"Apa saja?"

Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.

Allah berfirman, "Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan." (QS Al-Isra :64)

Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.

Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.

Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

Aku minta agar Allah memberikanku saudara , maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.

Allah berfirman, "Orang - orang boros adalah saudara - saudara syaitan. " (QS Al-Isra : 27)

Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.

Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, "Silakan", aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.

Iblis berkata : "Wahai muhammad, aku tak bolej menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikan dan menggoda."

Jika aku boleh menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun.

Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah.

Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini.

Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.

Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat : "Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT " (QS Hud :118 - 119)

Juga membaca, " Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku" (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata : " Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong."